Diploma Aviation Management

Diploma Pengurusan Penerbangan

Tempoh Pengajian

  • 2 Tahun 6 Bulan (Sepenuh Masa)

Syarat Dan Kelayakan

  • SPM dengan sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran
  • SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan (tertakluk kepada kelulusan Senat/Lembaga Akademik)
  • Sijil (Tahap 3, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0)
  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Maqbul
  • Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Mengenai Program

Program ini menyediakan pengetahuan kukuh dalam strategi korporat dan kepimpinan dalam industri penerbangan. Pelajar akan bersedia untuk menceburi kerjaya dalam sektor lapangan terbang, syarikat penerbangan, dan logistik udara dengan kemahiran yang diperlukan dalam dunia penerbangan moden.

Pelajar juga akan memahami aspek pengurusan operasi penerbangan, keselamatan, pemasaran, undang-undang penerbangan dan pengurusan bencana. Program ini sesuai untuk mereka yang bercita-cita tinggi dalam bidang dinamik ini.

Tawaran Program

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin menerokai kerjaya dalam industri pengangkutan udara. Pelajar akan mendapat latihan teori dan praktikal secara menyeluruh, yang akan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran sebenar dalam sektor penerbangan global.

Bantuan Kewangan

  • PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan

Graduan berpeluang menyertai pelbagai sektor pekerjaan berkaitan pengurusan penerbangan. Permintaan pekerja dalam industri ini semakin meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan lapangan terbang dan syarikat penerbangan.

  • Route Planner
  • Human Resources Manager
  • Aviation Economic Planner
  • Logistics & Warehouse Manager
  • Ticketing Manager
  • Airport Security Manager
  • Air Traffic Controller
  • Airline Manager
  • Airline Finance Executive
  • Airport Front Desk Officer
  • Airport Business Planner
  • Airline Forecaster

Program Diploma Pengurusan Penerbangan ini adalah sesuai untuk mereka yang berminat membina kerjaya dalam industri penerbangan dan logistik udara. Sertai kami dan terbang lebih tinggi bersama impian anda.

Jika terlepas pendaftaran di daerah anda sila datang ke daerah yang terdekat untuk mendaftar ke Diploma Pengurusan Penerbangan. Semak jadual pendaftaran disini