Diploma Occupational Safety And Health

Diploma Occupational Safety And Health

Tempoh Pengajian

  • 2.5 Tahun (Sepenuh Masa)

Syarat Dan Kelayakan

  • SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
  • Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul
  • Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana mata pelajaran
  • SKM Tahap 3 (Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan) + SPM dengan 1 kepujian
  • Sijil Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan
  • Lulus O-Level sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran
  • Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

APEL.A ENTRY

  • Mempunyai pensijilan APEL A daripada MQA untuk kemasukan ke program Diploma
  • Warganegara Malaysia dan berumur 20 tahun ke atas
  • Mempunyai pengalaman kerja atau pembelajaran terdahulu yang berkaitan

Mengenai Program

Program ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Pelajar akan mempelajari undang-undang berkaitan, langkah pencegahan kemalangan, pengurusan risiko, serta strategi perlindungan kesihatan pekerja.

Modul-modul termasuk audit keselamatan, ergonomik, pengurusan bahan kimia berbahaya dan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan & kesihatan pekerjaan (OSH-MS).

Tawaran Program

Program ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang perlindungan pekerja dan ingin menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan keselamatan dalam sesebuah organisasi.

Bantuan Kewangan

  • PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan

Graduan boleh menceburi bidang profesional keselamatan dan kesihatan di pelbagai industri.

  • Penolong Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Eksekutif Keselamatan & Kesihatan
  • Penyelaras Keselamatan Tapak
  • Auditor OSH
  • Perunding Keselamatan & Kesihatan
  • Penyelia Tapak Pembinaan
  • Koordinator Latihan Keselamatan

Market Sector

  • Industri Pembuatan & Pembinaan
  • Sektor Minyak & Gas
  • Syarikat Multinasional
  • Agensi Kerajaan & Swasta
  • Kilang & Loji Industri
  • Perkhidmatan Audit & Perundingan

Program Diploma Occupational Safety And Health ini menyediakan asas kukuh untuk kerjaya dalam memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat. Peluang luas dalam pelbagai sektor menanti graduan program ini.

Jika terlepas pendaftaran di daerah anda sila datang ke daerah yang terdekat untuk mendaftar ke Diploma Occupational Safety And Health. Semak jadual pendaftaran disini