Diploma Pengurusan Keselamatan
Diploma Pengurusan Keselamatan
Tempoh Pengajian
- 2.5 Tahun (Sepenuh Masa)
Syarat Dan Kelayakan
- SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana mata pelajaran
- SKM Tahap 3 (Keselamatan / Penguatkuasaan) + SPM dengan 1 kepujian
- Sijil Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan
- Lulus O-Level sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran
- Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
APEL.A ENTRY
- Mempunyai pensijilan APEL A daripada MQA untuk kemasukan ke program Diploma
- Warganegara Malaysia dan berumur 20 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman kerja atau pembelajaran terdahulu yang berkaitan
Mengenai Program
Program ini memberi penekanan terhadap pengurusan keselamatan dan pencegahan jenayah dalam pelbagai organisasi. Pelajar akan didedahkan kepada sistem keselamatan, undang-undang, prosedur penyiasatan, dan teknik kawalan keselamatan awam serta korporat.
Pelajar juga akan mempelajari aspek berkaitan keselamatan fizikal, keselamatan maklumat, risiko keselamatan, serta pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Tawaran Program
Program ini sesuai bagi individu yang berminat untuk berkhidmat dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan. Gabungan teori dan latihan praktikal membolehkan pelajar bersedia menghadapi realiti industri.
Bantuan Kewangan
Peluang Pekerjaan
Graduan program ini boleh menjawat pelbagai jawatan dalam sektor keselamatan dan penguatkuasaan.
- Pegawai Keselamatan
- Penolong Pegawai Pencegah Rasuah
- Penyelia Keselamatan
- Penyiasat Swasta
- Pegawai Kawalan Trafik
- Pegawai Keselamatan Industri
- Pegawai Penguatkuasa Undang-undang
- Ahli Perunding Keselamatan
Market Sector
- Organisasi Keselamatan
- Badan Kerajaan dan Swasta
- Syarikat Perunding Keselamatan
- Agensi Penguatkuasaan
- Institusi Pendidikan
- Pengurusan Risiko & Audit
Program Diploma Pengurusan Keselamatan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menerokai bidang keselamatan dan pencegahan jenayah dalam pelbagai sektor. Kerjaya yang mencabar dan stabil menanti anda dalam industri ini.
Jika terlepas pendaftaran di daerah anda sila datang ke daerah yang terdekat untuk mendaftar ke Diploma Pengurusan Keselamatan. Semak jadual pendaftaran disini