Diploma Pengurusan Keselamatan
Diploma Pengurusan Keselamatan
Tempoh Pengajian
- 2.5 Tahun (Sepenuh Masa)
Syarat Dan Kelayakan
- SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana mata pelajaran
- SKM Tahap 3 (Keselamatan/Penguatkuasaan) + SPM dengan 1 kepujian
- Sijil Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan
- Lulus O-Level sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran
- Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
APEL.A ENTRY
- Mempunyai pensijilan APEL A daripada MQA untuk kemasukan ke program Diploma
- Warganegara Malaysia dan berumur 20 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman kerja atau pembelajaran terdahulu yang berkaitan
Mengenai Program
Program ini direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam aspek pengurusan keselamatan fizikal, keselamatan organisasi, kawalan risiko dan perlindungan aset. Pelajar akan didedahkan dengan prosedur operasi keselamatan, pemantauan sistem kawalan dan undang-undang berkaitan keselamatan.
Modul pembelajaran turut merangkumi latihan praktikal dan simulasi keselamatan sebenar bagi memperkuatkan kemahiran teknikal serta kefahaman terhadap tugasan di lapangan.
Tawaran Program
Program ini sesuai untuk individu yang ingin membina kerjaya dalam industri keselamatan dan pengurusan risiko. Gabungan teori dan latihan praktikal memberikan kelebihan kepada pelajar untuk terus menyumbang secara efektif dalam sektor berkaitan.
Bantuan Kewangan
Peluang Pekerjaan
Graduan program ini boleh menceburi pelbagai bidang keselamatan dan pengurusan risiko.
- Pengurus Keselamatan
- Pegawai Keselamatan Tapak
- Penyelia Keselamatan
- Pegawai Kawalan Aset
- Penganalisis Risiko
- Penasihat Keselamatan Korporat
- Perunding Keselamatan
Market Sector
- Sektor Perindustrian
- Keselamatan Swasta
- Keselamatan Korporat
- Sektor Minyak & Gas
- Lapangan Terbang & Pelabuhan
- Sektor Hospitaliti & Perhotelan
- Organisasi Multinasional
Program Diploma Pengurusan Keselamatan memberi asas kukuh kepada pelajar dalam memahami dan mengendalikan pelbagai isu keselamatan dan risiko. Ia menawarkan peluang kerjaya yang meluas dalam pelbagai sektor yang memerlukan tahap keselamatan tinggi.
Jika terlepas pendaftaran di daerah anda sila datang ke daerah yang terdekat untuk mendaftar ke Diploma Pengurusan Keselamatan. Semak jadual pendaftaran disini