Diploma Siasatan Jenayah
Diploma Siasatan Jenayah
Tempoh Pengajian
- 2.6 Tahun (Sepenuh Masa)
Syarat Dan Kelayakan
- SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana mata pelajaran
- SKM Tahap 3 (Keselamatan/Penguatkuasaan) + SPM dengan 1 kepujian
- Sijil Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan
- Lulus O-Level sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran
- Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
APEL.A ENTRY
- Mempunyai pensijilan APEL A daripada MQA untuk kemasukan ke program Diploma
- Warganegara Malaysia dan berumur 20 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman kerja atau pembelajaran terdahulu yang berkaitan
Mengenai Program
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas sistem keadilan jenayah, prosedur penyiasatan, teknik forensik, penulisan laporan kes dan pemahaman undang-undang jenayah. Pelajar juga akan dibimbing tentang etika profesional dalam penyiasatan serta kaedah interogasi dan pengendalian bukti.
Mereka akan mempelajari aspek teknikal dan praktikal yang melibatkan kerja-kerja penyiasatan jenayah yang sebenar termasuk latihan amali dan simulasi kes.
Tawaran Program
Program ini sesuai bagi individu yang berminat dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan awam. Ia menggabungkan teori dan latihan praktikal yang membantu pelajar bersedia untuk kerjaya dalam sektor keselamatan, penyiasatan dan perundangan.
Bantuan Kewangan
Peluang Pekerjaan
Graduan program ini berpeluang membina kerjaya dalam pelbagai sektor berkaitan penyiasatan dan keselamatan.
- Penyiasat Jenayah
- Pegawai Keselamatan
- Penolong Pegawai Penyiasat
- Pegawai Pencegahan Penipuan
- Pegawai Forensik
- Pegawai Perisikan
- Pegawai Tadbir Agensi Penguatkuasaan
Market Sector
- Agensi Penguatkuasaan
- Pertahanan dan Keselamatan
- Firma Penyiasatan Swasta
- Jabatan Kerajaan
- Keselamatan Korporat
- Unit Forensik
- Unit Pencegahan Jenayah
Program Diploma Siasatan Jenayah ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menerokai bidang penguatkuasaan dan penyiasatan profesional. Peluang besar menanti anda dalam sektor keselamatan dan keadilan jenayah.
Jika terlepas pendaftaran di daerah anda sila datang ke daerah yang terdekat untuk mendaftar ke Diploma Siasatan Jenayah. Semak jadual pendaftaran disini