Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak menerapkan ilmu asas dalam pendidikan awal kanak-kanak seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun.
Program ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Kursus Ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak kanak membina sikap yang profesional, etika yang mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.
Akhir sekali, program ini juga dapat memotivasikan bakal graduan untuk terus meningkatkan kualiti ilmu pendidikan khususnya pendidikan seawal usia menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Syarat Dan Kelayakan:
Lepasan STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau 2 Prinsipal atau memiliki Matrikulasi / Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia STAM atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67)
Mengenai Program:
Objektif program yang ditawarkan adalah untuk mendedahkan para pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya,
kebolehan dalam melaksanakan pengajaran, interaksi yang positif dan berkesan seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun.
Program ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, membina sikap yang profesional, etika yang mampan
serta boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.
Program ini menggunakan prinsip–prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dalam setiap proses pendidikan awal kanak-kanak dalam merekabentuk, melaksana dan menilai kurikulum berasaskan garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah.
Tawaran Program:
Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutama pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA.
Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak.
Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.
Bantuan Kewangan:
PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan
KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Peluang Pekerjaan:
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda
- Pensyarah
- Guru tadika
- Guru Pra sekolah
- Pengusaha tadika dan taska
- Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
- Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
- Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
- Konsultan pengurusan pra-sekolah
- Bekerja di Sekolah Antarabangsa
- Penolong Pengarah Pendidikan
- Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
ini boleh dipohon bagi lepasan stpm, matrikulasi, diploma, stam, dan DVM vokasional.
Jika anda ingin memasuki arena kerjaya perguruan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak program ini adalah amat sesuai dan boleh mendaftar ke pusat latihan tenaga pengajar atau pltp bagi negeri sabah, sarawak dan semenanjung malaysia.