Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Penguatkuasaan

Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Penguatkuasaan

Tempoh Pengajian

  • 3.5 Tahun (Sepenuh Masa)

Syarat Dan Kelayakan

  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran
  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Jayyid
  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
  • Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
  • Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran
  • Lulus A-Level sekurang-kurangnya Gred C dalam 2 mata pelajaran
  • Lulus O-Level sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran
  • Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

APEL.A ENTRY

  • Mempunyai pensijilan APEL A daripada MQA untuk kemasukan ke program Ijazah
  • Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas
  • Mempunyai pengalaman kerja atau pembelajaran terdahulu yang berkaitan

Mengenai Program

Program ini direka khas untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengurusan keselamatan serta penguatkuasaan. Pelajar akan mempelajari aspek perundangan, strategi keselamatan, penyiasatan jenayah, serta pengurusan risiko dan kecemasan.

Pembelajaran merangkumi teori, kerja lapangan, latihan simulasi dan pemahaman mendalam terhadap peraturan serta undang-undang berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan.

Tawaran Program

Program ini sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk berkhidmat dalam sektor keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, serta pengurusan risiko. Pelajar berpeluang mengembangkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang diperlukan untuk tugasan lapangan.

Bantuan Kewangan

  • PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan

Graduan program ini boleh menceburi pelbagai bidang berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan.

  • Pengurus Keselamatan
  • Pegawai Penguatkuasa
  • Penyelia Keselamatan
  • Penganalisis Risiko
  • Penasihat Keselamatan Awam
  • Perunding Penguatkuasaan
  • Penyiasat Keselamatan

Market Sector

  • Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang
  • Keselamatan Awam & Swasta
  • Sektor Kerajaan dan GLC
  • Sektor Korporat
  • Sektor Logistik & Pelabuhan
  • Lapangan Terbang & Kawalan Sempadan
  • Sektor Minyak & Gas

Program Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Penguatkuasaan memberi asas kukuh kepada pelajar dalam memahami, menganalisis dan melaksanakan strategi keselamatan yang berkesan. Ia membuka peluang kerjaya yang luas dalam sektor yang memerlukan kecekapan tinggi dalam aspek keselamatan dan penguatkuasaan.

Jika terlepas pendaftaran di daerah anda sila datang ke daerah yang terdekat untuk mendaftar ke Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Penguatkuasaan. Semak jadual pendaftaran disini